Jumaat, 1 April 2011





Anak-anak murid ku yang disayangi. Walaupun kalian masih mentah, tetapi kalian menunjukkan semangat yang kental semasa dalam medan perlawanan. Semangat inilah yang aku inginkan semasa kalian bergelut dengan peperiksaan. Teruskan semangat ini sehingga kalian dewasa. Ingatlah Usaha yang kerap membawa kejayaan yang cemerlang.

Sekitar Peristiwa Bahas Ala Parlimen 2011





Tahniah buat anak-anak muridku. Kalian tidak berputus ASA walaupun tersalah tajuk. Tahniah buat Umar kerana mendapat Pembahas terbaik. Teruskan semangat ini untuk SPM nanti. JANGAN PATAH SEMANGAT dan TERUS BERJUANG selagi HAYAT DIKANDUNG BADAN.




Khamis, 24 Mac 2011

Sekitar Keputusan SPM 2010



Tahinah diucapkan kepada anak-anak murid ku. Semoga Allah merahmati kalian semua. Semoga menjadi kebanggaan kedua Ibu Bapa mu.




Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Tingkatan





Ni adalah penyampaian watikah pelantikan... tengok dan komen.







Larian Perdana Mahkota - Rumah Merah Menang, Kuning memecah tradisi




Salam Semua, Berita menyeronokkan buat ahli pasukan rumah Kuning. Akhirnya kita berjaya menembusi tradisi. kita berjaya berada ditempat kedua keseluruhan. tahniah buat anak-anak didikku. Kerana usaha kalian, kita tidak dimalukan pada tahun ini. Tahniah juga buat, guru-guru dari pasukan Merah dahulu. Kerana jerit pekik korang, anak didik ku tersentap dari lena... InsyaAllah Sukantara dan Olahraga kita akan menembus tradisi.
Rumah Merah anda diperhatikan...









Jumaat, 11 Februari 2011

Keluarga Itu Penting

Apa pun berlaku. Keluarga adalah yang utama. Hidup bahagia adalah kerana keluarga itu bahagia. Hubungan komunikasi keluarga yang baik, mewujudkan keluarga bahagia. Ingin ku sampaikan disini. Janganlah kita jauhi keluarga kita kerana semakin kita jauh semakin kita tertekan. semakin kita kecewa. keluarlah dengan keluarga mu kerana ia membawa kebaikan















Isnin, 31 Januari 2011

Banjir di Sungai Sayong




Berita hari ini melaporkan banjir di kawasan Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Banji di kawasan aku dalam keadaan berjaga-jaga. Kenderaan masih boleh melalui jambatan dan berhubung dengan kawasan lain. tetapi kawasan tempat sepupu aku tidak boleh dilalui kerana air naik sehingga ke paras lutut. Berikut adalah gambar yang sempat aku ambil semasa melawat kawasan banjir.









Ahad, 30 Januari 2011

Selamat Hari Lahir










Hujung Bulan bersantai bersama seluruh keluarga atuk ku di B71. Berkumpul bersama menyambut Hari Lahir..








Mansor, Aku, Ariffah, Kembar (Afiq&Afiqah), Muiz Zafri, Rayyan Iskandar, Danish Thaqif.








SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUPMU.