Rabu, 25 Februari 2009

Mesyuarat Agung PBSM



Hari ni merupakan Mesyuarat Agung PBSM. Berikut adalah Jawatankuasa untuk makluman

Pengerusi : Nasiruddin 5UKM
Naib Pengerusi : NurAsyiqin Zainal
SetiaUsaha: NorAfifah Sagiran 4UM
Pen. SetiaUsaha: Norsyafiqah Suhaimi
Bendahari: Ramizah Rahmat 4UPM
AJK Tingkatan:
T5 - Haslimah
T4 - Hasnah
T3 - NorAqilah
T2 - Faizul Aziz
T1 - NurAqilah

Aku berharap jawatankuasa yang baru ini dapat bertugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Cayooooooooooooooo PBSM

Isnin, 23 Februari 2009

Persembahan Dikir Barat Bebudak SMKSA Memang Gempak Habis!!!



TAHNIAH BUAT CIKGU MOHAMAD. YOU ARE THE GREAT TEACHER.

( EWAAAA BULEEEE TERAAAAJU TIGOOOO )


Aku Pergi Hantar diorg ke Majlis Anugerah Pendidikan Peringkat Daerah. Diorg kena buat persembahan. Aku cukup terhibur dan bangga dengan persembahan anak murid KAMI. Amirul Si Tukang Karut is a great Student that i seen. Actually suara dia memang ada gaya. Boleh Kecek Kelate ngan loghat dia sekali. Tapi dia nie malu. N tak serius. Kena Basuh lagi kasi lebih power rooot. HAHHAHHA. Anyway to Amirul, Saya sebagai guru Awak TABIK SPRINGLAAAA.

Berikut adalah gambar diorang seeee and LOOK THE CHAMPION OF JOHOR.








Khamis, 19 Februari 2009

BAHAS ALA PERLIMEN Suku Akhir

Tiga Hari Bersama Mereka. Banyak Ku pelajari erti perjuangan.

OKKK. Aku nye budak sekolah dapat terus suku akhir. Power tuuu
Keputusannya bebudak aku JOHAN DAERAH. Tahniah buat Raja, Nizam dan Hayati.
Sebab merekalaa sekolah-sekolah seluruh Daerah KULAIJAYA GeruN. Untuk pengetahuan sekolah aku dah Hatrik Johan Bahas Ala Parlimen peringkat Daerah 3 tahun berturut-turut. Bangga aku bawa diorg. Berikut adalah gambar kenang-kenangan si JUARA.








Selasa, 17 Februari 2009

Bahas ala-Parlimen Sidang Kedua





woooo penat sungguh aku. Dah dua hari jadi hakim... Kelakarkan. Cikgu Math kena jadi Hakim Bahas. Power betul aku ni. MMG Guru Malaysia. Oklaaa aku pun dah penat nak cerita. Kat sini aku postkan gambar-gambar yang menarik masa sidang pertama berlangsung. Izin Laluan yang dipertua. HUUUUH


















Sabtu, 14 Februari 2009

Mengajar di OUM

Hari nie aku bertolak dari rumah awal. Maklumlah OUM dari rumah aku Jauh. Adalah Satu jam perjalanan. Aku dah berkhidmat di OUM ni masuk tahun yang ketiga. Dah ramai ragam student yang aku kenal. Dari yang profesional hingga ke tahap-tahap jawatan rendah.

Pertemuan aku dengan mereka membuatkan aku berasa diri ini masih tak cukup ilmu. Maklumlah diaorg bergaji besar dan berkereta mewah. Aku nie keta pun takde. ape lagi rumah.
Kalo nak difikirkan, sepatutnya aku dah ada harta sekarang.


(Apa kaitan gambar ni dalam cerita aku hari ini... Suka Hati akulaa aku nya blog)

Tapi aku rasa tak rugi. Aku kumpul ilmu dulu. dan kemudian baru fikir pasal harta. Lagipun harta mana boleh bawak mati. Setakat harta dunia je. mana boleh gi mana-mana. Walaubagaimanapun harta dunia inilah yang membuatkan kita terus hidup selesa di Bumi Allah yang bertuah ini. Kita cuma jangan alpa dengan harta yang kita kumpul. Ingat-ingatlaa orang di sekeliling kita yang lebih memerlukan.

Ok.. Kaitan nya dengan Matematik ialah. Hubungan antara manusia dengan manusia.. itulah relation dalam topik Math Discerete yang akan aku ajar hari ini. Manusia merupakan satu elemen yang dikumpulkan dalam sesuatu set. Hubungan antara manusia inilah yang akhirnya membentuk fungsi. Dari penulisan matematiknya ialah f(x)=X+....+ lebih kurang macam tulaah.

Maksud aku manusia antara manusia dihubungkan dengan satu persamaan yang unik dari segi perasaan, hobi, cita-cita atau pekerjaan. Oklah aku nak prepare kelas dulu. Nanti student aku tanya aku boleh menjawab.

Rabu, 11 Februari 2009

Hari yang meletihkan

Hari nie lepas kelas. ada meeting
ada 2 meeting letih. then lepas meeting ada latihan rumah sukan
ooooo bosannya. Baik aku study math lagi best.

Manusia mempunyai elemen-elemen yang berbeza. Mereka dikelaskan kepada set-set tertentu.
Set-set tersebut berhubung antara satu sama lain me jadi fungsi. Haaa faham tak.
meeting aku tak faham niee. Menda tah HeadCount. Kenape perlu kira kepala ??????
pening-pening.

Selasa, 10 Februari 2009

Sukantara sesi Kedua SMK Sultan Alauddin



HAAAAAAA.... Bestnya td. Teratur sikit ada cikgu Kamal. Semalam macam Kambing masuk kandang. Ok hari ini merupakan aktiviti Rumah Merah Kat Lompat Jauh. Respek aku ngan cikgu-cikgu rumah merah. Mantap habis. sanggup perambat murid diorg suruh terlibat dalam aktiviti untuk mengumpul markah. itu diua guru dedikasi.

Ok marilah kita sama-sama melihat diorg nie bersukantara.




Isnin, 9 Februari 2009

Sukantara Sesi Pertama di SMK Sultan Alauddin

Rumah Kuning Pasti Menang.Maintan Cikguuuuuuuuuuu.Budak2 Pengawas Berpossing


Penat sungguh aku hari ni... Maklumlaa first time jaga budak2 bersukan. Aku kena kat Acara Lompat Jauh. Perghhh mcm jaga lembu-lembu ayah aku. tak dengar kata budak2 ni. Nasib baik ada yang patuh pada arahan.



Anyaway ahpi aku kat sini. Berikut merupakan gambar-gambar anak-anak murid aku bersukantara. Happy watching... Aku gembira kerana diberi peluang untuk berkhidmat di sekolah ini. Terima Kasih WARGA SMKSA kerana memberi aku peluang ini.



Yo Rumah Kuning KUUUU.Cikgu Noraini MARAHHHH. Inilah STAR Rumah Kuning>Syazwan

Lupa plak Aku. Ape kaitan Sukantara dengan Matematik ek. Sebenarnya Matematik ade kaitan ngan sukan. Tak caya ek. Teori Kebarangkalian banyak mempengaruhi Sains Sukan. Kita boleh membuat jangkaan kepada rumah mana yang menang. Contoh. Terdapat 4 Rumah yang bertanding. kita boleh membuat kebarangkalian menang bagi sesuatu rumah di mana. kita boleh menggira kekuatan rumah contoh. Rumah Kuning mempunyai 100 ahli kononya. Then yang terlibat ilah seramai 92 ahli. ini bermakna kekuatan rumah kuning adalah 0.92. Rumah Merah Pulak 100 ahli. dan yang masuk adalah 83 ahli. ini bermakna kekuatan rumah kuning adalah 0.83 Apabila membuat pengiraan kita boleh mengatakan bahawa Rumah Kuning adalah kuat kerana ia mempunyai 0.92 kekuatan manakala Merah adalah 0.83. Berdasarkan teori Kebarangkalian Rumah yang menang adalah kekuatannya menghampiri 1. Paham tak murid-murid.



Ahad, 8 Februari 2009

Semalam di Pangkor


Bermula pada hari sabtu. Aku dan En. N menunggang kancil kesayangannya untuk menuju ke rumah seorang lagi rakan En. A di Seri Manjong. Pertemuan kami adalah di sebuah pasaraya GIANT berdekatan dengan rumah En. A. Pertemuaan kami amat menggembirakan kerana kami bertiga sudah lama tidak bersua muka.

Dipendekkan cerita tepat pukul 2 kami menuju ke JETI untuk Ke Pulau P. Di sana kami menginap di Challet berharga RM 90 semalam. Chalet tu namanya ape ek.... Mizam ke Nizam aku tak sure.
Tapi bilik dia selesa ada aircon dan televisyen.

Akitiviti pertama kami adalah merayap ke hutan dibelakang challet mencari air terjun mini. sungguh menyamankan dan menenangkan. Tiada lagi pencemaran berlagi. Sungguh bertuah bumi Allah ini. 

Aktiviti kedua sebelah petang ialah berkayak dengan harga RM 15 sebuah kayak yang boleh dinaikki 2 orang atau sorang. Tp aku yang kerdil dan tak berdaya ni berkayak sorang2. Walaupun penat tapi menyeronokkan aku berjaya mengayakkan diri aku pergi balik ke pulau bersebelahan yang mengambil masa 15 minit untuk sampai. Walaupun tak pernah naik. maklumlah pengalaman pertama, berkayak ni menyeronokkan. Mandi kejap-kejap dan bergambar. Airnya gatal. merah-merah badan aku. Maklumlaa kulit selembut baby... huuuhuhu

Aktivit ketiga sebelah malam plak... Aku makan makan dengan diorang. En. A belanja kami makan. Maklumlah En. A berjawatan tinggi berbanding kami bertiga yang lain. Sudah tentu berkepuk-kepuk di simpan di dalam bank. Nak buat hajat hajat kot. Anyway, terima kasih laa En. A kerana sudi menaja kami bermalam di Pulau P. Kami begitu terhibur dengan layanan mu. Semoga Allah membalas perkara-perkara yang baik ke atas mu.

Aktiviti ke 4 esok paginya, kami bercadang ingin bersnorkeling dekat pulau bersebelahan. Sebelum pegi, ada kisah menarik untuk berkongsi aku ngan En. A memberi makan roti pada burung kepala jendul. Alaaa burung enggang la. base org putihnya 'Horn Bills' kalo tak silap akulaa. Then aku menemani mat salleh dari Australia berTaichi. Apa yang membuatkan aku kagum dengannya ialah walaupun dia bukan org cina tapi dia mahir Tai Chi. bertahun-tahun dia mempelajari Tai Chi tersebut. Ini dibuktikan dengan setiap gerakan tangan dan kaki yang dilakukan nampak sempurna dan berseni. Nafas yang dikeluarkan begitu teratur. Aku yang mengikuti gerakkanya itu pun tak dapat menangkap. Takpelaa sekurang-kurangnya aku tahu Taichi merupakan seni mempertahankan di dengan cara yang lembut. cukup sempurna macam tarian.

Ok masuk cerita pasal snorkeling. RM 30 jee. itupun disponsor oleh En. A. Bersnorkeling ni kurang skitlaa. Permukaan di dalam air keruh. Maklumlah Bersnorkeling lepas hujan. tapi nampak ikan laah gak. Kami bawak sebuku roti untuk memberi ikan-ikan makan. Ada perkara yang mendukacitakan. Jari-jari aku berdarah terkena batu-batu karang yang tajam dan kena gigit ikan besar. Sakit tu. En N. mencadangkan untuk menerbitkan sebuah buku berjudul 'Berdarah di Pulau P******'. Maklumlah di editor buku cerita.


Ok Aktiviti terakhir ialah membeli belah. Banyak gak aku beli cenderahati untuk kengkawan dan keluarga. Maklumlah bercuti sekali-sekala. Rasanya tak rugi beli cenderahati. Tak tahu lagi boleh pegi lagi ke tak. Anyway pangkor memberi kepuasan yang tak terhingga oleh kami. Kami tak terfikir langsung pasal kerja. Baik untuk emosi kami....

Last on the way nak balik KL. singgah rumah member lama kat universiti.  En A gak nama dia. Duduk kat Kg Hj. Dorani ... Rumah beliau dekat sebelah sawah padi terbentang luas. Beliau kini menyambungkan pelajarannya ke peringkat Master bidang Kaunseling. Syabas diucapkan. Teruskan semangat mu itu. Ini membuatkan Motivasi aku bertambah untuk mendapat Title Dr.... Dr Mohad. 

Aku dapat mempelajari sesuatu daripada percutian ini. Manusia tak semuanya sempurna. Masih mencari dan terus mencari. Pembuktian berdasarkankan falsafah mahupun teori semuanya telah dibuat oleh manusia. Kita hanya menentukan samada nak menggunakan falsafah atau teori. Adakah ia berguna pada manusia. Seperti pepatah MELAYU, 'Enggang sama Enggang, manakan sama seekor Pipit'. (Betul kot....)