Ahad, 8 Februari 2009

Semalam di Pangkor


Bermula pada hari sabtu. Aku dan En. N menunggang kancil kesayangannya untuk menuju ke rumah seorang lagi rakan En. A di Seri Manjong. Pertemuan kami adalah di sebuah pasaraya GIANT berdekatan dengan rumah En. A. Pertemuaan kami amat menggembirakan kerana kami bertiga sudah lama tidak bersua muka.

Dipendekkan cerita tepat pukul 2 kami menuju ke JETI untuk Ke Pulau P. Di sana kami menginap di Challet berharga RM 90 semalam. Chalet tu namanya ape ek.... Mizam ke Nizam aku tak sure.
Tapi bilik dia selesa ada aircon dan televisyen.

Akitiviti pertama kami adalah merayap ke hutan dibelakang challet mencari air terjun mini. sungguh menyamankan dan menenangkan. Tiada lagi pencemaran berlagi. Sungguh bertuah bumi Allah ini. 

Aktiviti kedua sebelah petang ialah berkayak dengan harga RM 15 sebuah kayak yang boleh dinaikki 2 orang atau sorang. Tp aku yang kerdil dan tak berdaya ni berkayak sorang2. Walaupun penat tapi menyeronokkan aku berjaya mengayakkan diri aku pergi balik ke pulau bersebelahan yang mengambil masa 15 minit untuk sampai. Walaupun tak pernah naik. maklumlah pengalaman pertama, berkayak ni menyeronokkan. Mandi kejap-kejap dan bergambar. Airnya gatal. merah-merah badan aku. Maklumlaa kulit selembut baby... huuuhuhu

Aktivit ketiga sebelah malam plak... Aku makan makan dengan diorang. En. A belanja kami makan. Maklumlah En. A berjawatan tinggi berbanding kami bertiga yang lain. Sudah tentu berkepuk-kepuk di simpan di dalam bank. Nak buat hajat hajat kot. Anyway, terima kasih laa En. A kerana sudi menaja kami bermalam di Pulau P. Kami begitu terhibur dengan layanan mu. Semoga Allah membalas perkara-perkara yang baik ke atas mu.

Aktiviti ke 4 esok paginya, kami bercadang ingin bersnorkeling dekat pulau bersebelahan. Sebelum pegi, ada kisah menarik untuk berkongsi aku ngan En. A memberi makan roti pada burung kepala jendul. Alaaa burung enggang la. base org putihnya 'Horn Bills' kalo tak silap akulaa. Then aku menemani mat salleh dari Australia berTaichi. Apa yang membuatkan aku kagum dengannya ialah walaupun dia bukan org cina tapi dia mahir Tai Chi. bertahun-tahun dia mempelajari Tai Chi tersebut. Ini dibuktikan dengan setiap gerakan tangan dan kaki yang dilakukan nampak sempurna dan berseni. Nafas yang dikeluarkan begitu teratur. Aku yang mengikuti gerakkanya itu pun tak dapat menangkap. Takpelaa sekurang-kurangnya aku tahu Taichi merupakan seni mempertahankan di dengan cara yang lembut. cukup sempurna macam tarian.

Ok masuk cerita pasal snorkeling. RM 30 jee. itupun disponsor oleh En. A. Bersnorkeling ni kurang skitlaa. Permukaan di dalam air keruh. Maklumlah Bersnorkeling lepas hujan. tapi nampak ikan laah gak. Kami bawak sebuku roti untuk memberi ikan-ikan makan. Ada perkara yang mendukacitakan. Jari-jari aku berdarah terkena batu-batu karang yang tajam dan kena gigit ikan besar. Sakit tu. En N. mencadangkan untuk menerbitkan sebuah buku berjudul 'Berdarah di Pulau P******'. Maklumlah di editor buku cerita.


Ok Aktiviti terakhir ialah membeli belah. Banyak gak aku beli cenderahati untuk kengkawan dan keluarga. Maklumlah bercuti sekali-sekala. Rasanya tak rugi beli cenderahati. Tak tahu lagi boleh pegi lagi ke tak. Anyway pangkor memberi kepuasan yang tak terhingga oleh kami. Kami tak terfikir langsung pasal kerja. Baik untuk emosi kami....

Last on the way nak balik KL. singgah rumah member lama kat universiti.  En A gak nama dia. Duduk kat Kg Hj. Dorani ... Rumah beliau dekat sebelah sawah padi terbentang luas. Beliau kini menyambungkan pelajarannya ke peringkat Master bidang Kaunseling. Syabas diucapkan. Teruskan semangat mu itu. Ini membuatkan Motivasi aku bertambah untuk mendapat Title Dr.... Dr Mohad. 

Aku dapat mempelajari sesuatu daripada percutian ini. Manusia tak semuanya sempurna. Masih mencari dan terus mencari. Pembuktian berdasarkankan falsafah mahupun teori semuanya telah dibuat oleh manusia. Kita hanya menentukan samada nak menggunakan falsafah atau teori. Adakah ia berguna pada manusia. Seperti pepatah MELAYU, 'Enggang sama Enggang, manakan sama seekor Pipit'. (Betul kot....)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan