Sabtu, 14 Februari 2009

Mengajar di OUM

Hari nie aku bertolak dari rumah awal. Maklumlah OUM dari rumah aku Jauh. Adalah Satu jam perjalanan. Aku dah berkhidmat di OUM ni masuk tahun yang ketiga. Dah ramai ragam student yang aku kenal. Dari yang profesional hingga ke tahap-tahap jawatan rendah.

Pertemuan aku dengan mereka membuatkan aku berasa diri ini masih tak cukup ilmu. Maklumlah diaorg bergaji besar dan berkereta mewah. Aku nie keta pun takde. ape lagi rumah.
Kalo nak difikirkan, sepatutnya aku dah ada harta sekarang.


(Apa kaitan gambar ni dalam cerita aku hari ini... Suka Hati akulaa aku nya blog)

Tapi aku rasa tak rugi. Aku kumpul ilmu dulu. dan kemudian baru fikir pasal harta. Lagipun harta mana boleh bawak mati. Setakat harta dunia je. mana boleh gi mana-mana. Walaubagaimanapun harta dunia inilah yang membuatkan kita terus hidup selesa di Bumi Allah yang bertuah ini. Kita cuma jangan alpa dengan harta yang kita kumpul. Ingat-ingatlaa orang di sekeliling kita yang lebih memerlukan.

Ok.. Kaitan nya dengan Matematik ialah. Hubungan antara manusia dengan manusia.. itulah relation dalam topik Math Discerete yang akan aku ajar hari ini. Manusia merupakan satu elemen yang dikumpulkan dalam sesuatu set. Hubungan antara manusia inilah yang akhirnya membentuk fungsi. Dari penulisan matematiknya ialah f(x)=X+....+ lebih kurang macam tulaah.

Maksud aku manusia antara manusia dihubungkan dengan satu persamaan yang unik dari segi perasaan, hobi, cita-cita atau pekerjaan. Oklah aku nak prepare kelas dulu. Nanti student aku tanya aku boleh menjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan